<$BlogRSDUrl$>

Pendapat : Feminis Malaysia Memualkan

Wednesday, March 29, 2006
Feminis Malaysia Memualkan
Fri | Mar 24, 06 | 03:54:57 PM
Oleh Hang Jebat Saya menyelar perbuatan feminis-feminis negara, yang sejak akhir ini makin gemar (sedar atau tidak) menghina agama sendiri. Memang mereka ini tidak akan puas-puas sehingga mereka fikir mendapat kebebasan seperti feminis barat. Tetapi mereka sendiri tidak sedar, Islamlah satu-satunya agama yang tinggal, yang masih memelihara hak-hak wanita dan keluarga secara perundangan. Sesiapa jua boleh mengadu di mahkamah, seperti yang terkandung dalam perjanjian nikah dan setiap pernikahan sah dalam negara.

Kristian di barat sendiri sudah hancur. Kini sebarang masalah keluarga di sana perlu pergi sendiri ke mahkamah sivil untuk diselesaikan dengan kos yang mahal. Ramai ibu-ibu tunggal yang kurang mampu di barat teruskan hidup mereka tanpa pembelaan. Malah hidup mereka lebih teruk dan hina diperlakukan sebagai barang seks murahan dan kerap kali bertukar pasangan.

Feminis di Malaysia tak usahlah berlagak macam juara dalam Islam. Perkara yang asas pun tak boleh buat. Memanglah jadi trend sekarang, apabila dah jadi feminis, maka tak perlulah pakai tudung dan ada yang tayang dada pula, bagi mereka itu hak mereka. Mengaku pula beriman dan bertakwa! Mereka bangga menunjukkan keengganan dan kedegilan mereka itu. Sikap mereka ini tak ada bezanya dengan pengikut Ayah Pin yang enggan pakai tudung. Tetapi mereka ini tahu pula pakai tudung bila masuk mahkamah syariah, pergi majlis agama atau bila ada ibu mereka meninggal. Memang dasar hipokrit dan tak takutkan perintah Allah swt, tapi tahu pula malu dengan orang.

An Nur dalam ayat 31 " dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami..."

Sudah jelas menunjukkan betapa perlu orang perempuan (akil baligh) memakai tudung dengan betul, sehingga menutupi dada. Bagaimana pula para feminis ini langsung tak pakai tudung? Berapa banyak pula hadis-hadis sahih membicarakan hal ini. Tapi memang dasar mereka ini keras kepala, tak malu pula nak membicarakan hal-hal agama.

Tak pernah pula saya lihat orang, tokoh dan ulama agama Islam lelaki yang mereka tuduh tidak adil dalam merangka perundangan syariah, memakai seluar pendek untuk menunjukkan kejaguhan mereka.

Inilah mentaliti feminis Malaysia, yang bukan menunjukkan kejaguhan mereka, tetapi menunjukkan kebodohan mereka walaupun ada yang bergelar profesional dan datin. Mereka ini meletakan akal mereka di kepala lutut, dan sangat memualkan saya melihatnya.
kak ani :: 11:36 AM :: ::
5 Comments:
Post a Comment
<< Home